Sunday 13 August 2017

ZIARAH RAYA DAN MARHABAN

Assalamualaikum.. Teruja nak berkongsi program sepanjang Syawal lalu. Alkisah di negeri Johor ini budaya sambutan hari raya sangat unik dan tersendiri. sepanjang syawal akan meriah dengan alunan marhaban dari pakatan-pakatan kampung, surau dan sekolah. Unit Persatuan Tingkatan Enam mengambil inisiatif menganjurkan kunjungan marhaban dalam kalangan pelajar dan guru-guru. maka masuk kampung keluar kampung kami beraya mengikut jadual yang diatur oleh Guru Penasihat PTE. 

 

 Ini marhaban di rumah Tn. Hj. Kamarazaman..Usai marhaban kami dihidang dengan mee gorengyang sedap..Terima kasih Tn Hj..

Marhaban di rumah Pn. Rahimah
 

Pelajar-pelajar bukan Islam juga tidak melepaskan peluang bersama-sama kami menyelami budaya bermasyarakat khususnya di bulan syawal ini. Mereka sporting sangat...


Marhaban di rumah Pn. Khadijah..usai bersukan terus bermarhaban di sini. Alhamdulillah balik dengan perut yang kenyang.



Yang paling istimewa marhaban di rumah Sdra. Shafiq Hakim..kami dihidang dengan kuetiaw goreng meletop oleh bapanya sendiri.





Ini marhaban di rumah Sdra. Umar..meriah..


Aktiviti marhaban bukan sekadar makan-makan dan minum-minum. Ia sebenarnya adalah suatu aktiviti ukhwah yang sangat sihat.  Dalam asyiknya alunan selawat setiap kali bermahaban, kami juga berpeluang mendekati keluarga tuan rumah yang kami kunjungi.


No comments:

Post a Comment