Tanggal 23 Januari 2017 adalah tanggal keramat bagi warga SMK Sultan Alauddin Riayat Shah I Pagoh khususnya warga Tingkatan Enam apabila menerima kunjungan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof. Lawatan beliau menjadi lebih bermakna kepada warga Tingkatan Enam ALRISHA apabila beliau sudi meluangkan sedikit masa beramah mesra dengan tenaga pengajar dan pelajar-pelajar.
Tan Sri Dr. Khair bersama barisan pentadbir sekolah iaitu Tuan Pengetua; En. Rahman @ Abdul Rahman bin Selamat, GPK Pentadbiran; Tn. Hj. Abu Bakar bin Mohamad, PK Tingkatan6 ; Pn. Siti Hadijah binti Ibrahim dan pelajar-pelajar Tingkatan Enam Atas.
Tan Sri Dr. Khair menunjukkan keprihatinan terhadap aktiviti PdP di dalam kelas.
PK Tingkatan Enam memperkenalkan pelajar-pelajar 6 Atas kepada Tan Sri Dr. Khair. Pelajar-pelajar kelihatan teruja dapat bersua muka dengan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia serta barisan pelawat terlibat.
Inspirasi kejayaan warga Tingkatan 6 ALRISHA
Gembira dapat bertemu walau dalam masa yang cukup singkat.
Sesungguhnya lawatan ini memberi suatu motivasi kepada warga pelajar dan pendidik ALRISHA. Kami warga Tingkatan Enam ALRISHA amat berbesar hati atas kunjungan ini dan berharap agar pelajar-pelajar bertambah bersemangat untuk belajar apabila disuntik kata-kata motivasi oleh ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sendiri.