Wednesday 24 January 2018

AKTIVITI UNIT SUKAN & PERMAINAN (PENTANQUE)

AKTIVITI KOKURIKULUM BULAN JANUARI 2018


Tirai 2018 dibuka dengan berbagai perancangan Unit Kokurikulum Tingkatan 6 ALRISHA untuk melengkapkan keperluan pentaksiran kokurikulum pelajar-pelajar sesi 2018 ini. Nampaknya tahun ini banyak perubahan dibuat sesuai dengan asprirasi pembelajran abad ke 21. Aktiviti kokurikulum juga dilaksanakan dengan berpusatkan pelajar bahkan ia banyak mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan mereka.

Kita mulakan dengan aktiviti Unit Sukan & Permainan di bawah kelolaan En. Makhadzir bin Muridan. Kali ini aktiviti unit dimulakan dengan permainan pentanque. Gelanggang pentanque ALRISHA agak kecil dengan batu kasaran yang kasar. Ia boleh jadi gelanggang sesuai untuk belajar asas permainan pentanque ini. 




Ini dia pelajar Tingkatan 6 ALRISHA bagi penggal 2 ini..27 orang sahaja.



Taklimat permainan oleh Ketua Unit Sukan & Permainan; En. Makhadzir bin Muridan.


Jurulatih Pentanque Tingkatan 6 ALRISHA



Semua enjoy dengan permainan ini dan tak jemu mencuba.


Belajar kira mata



"Man of The Match" ☺☺