Tuesday 17 April 2018

PROJEK BUMI HIJAU

KADET BOMBA MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

Pada 10/03/2018 yang lalu pasukan Kadet Bomba Tingkatan 6 SMK Sultan Alauddin Riayat Shah I Pagoh, telah menganjurkan Projek Kokurikulum bertemakan "Bumi Hijau" dengan kolaborasi bersama Kem Teratak Damai, JPAM serta komuniti Kg. Paya Redan, Kg. Tengah dan Kg. Sebasu Pagoh. tujuan projek ini dijalankan selain dari keperluan pemarkahan kokurikulum, ia juga dijalankan untuk memberi pendedahan kepada semua ahli pasukan untuk berbakti kepada komuniti setempat dengan ushaa menghijaukan persekitaran.


Tuan PKT6, Kem Komandan, Guru Besar SK. Kg. Raja serta sebahagian ahli Kadet Bomba bergamdar sebelum memulakan kerja-kerja menanam pokok bunga sepanjang kampung.


Tn. Hj. Suhaimin ringan membantu peserta projek.



PKT6 sentiasa memantau keselamatan serta pergerakan ahli kadet.


Bergerak ke lokasi masing-masing.



pokok-pokok bunga adalah sumbangan Kem Teratak Damai dan penduduk setempat.



Tunjuk ajar dari Dato' Abdul Rahman pemilik Kem Teratak Desa.




Kolaborasi dengan pasukan JPAM.



Pelbagai jenis pokok bunga.




Gotong-royong sebelum menanam pokok.



Tekunnya..






KARNIVAL KO-AKADEMIK TINGKATAN ENAM DAERAH MUAR 2018

Pada 10 dan 11 April lalu telah berlansung Karnival Ko-Akademik Tingkatan 6 peringkat Daerah Muar. ALRISHA telah menghantar seramai 16 orang peserta bagi pertandingan Bahas Ala Parlimen, Pengucapan Awam, Public Speaking dan Sketsa Bahasa Inggeris. Uniknya kali ini, semua pelajar dan guru ALRISHA turut hadir memberi sokongan di lokasi pertandingan yang diadakan di Sekolah Tinggi Muar.

Alhamdulillah, team ALRISHA berjaya menduduki tempat ke-3 keseluruhan apabila memenangi tempat pertama acara Pengucapan Awam dan Naib Johan Bahas Ala Parlimen. Syabas!


Pn. Hjh Khadijah Sajadi bersama Johan Pertandingan Pengucapan Awam, Sdri. Nurul hafizah binti Ishak.


Team Bahas Ala Parlimen yang terdiri daripada Sdra. Zulhilmi bin Zurin, Sdra. Khairulanwar bin Mohd Kadri, Sdri. Siti Noordiana binti Mohd  Aroff dan Sdri. Nurainna Safwa binti Mohammad Noor.


Team Bahas beraksi 



Team Sketsa Bahasa Inggeris dengan lakonan mencuit hati, syabas Miss Hijrah !



Momen gembira!