Sunday 9 October 2016

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK UNIT MPPPU ALRISHA

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK UNIT MPPPPU ALRISHA


Pada 30 Mac 2016, Unit MPPPU SMK Sultan Alauddin Riayat Shah I Pagoh telah menganjurkan pertandingan video pendek bertemakan nilai kemanusiaan. 3 minggu masa diberikan untuk setiap ahli kumpulan menyediakan video pendek masing-masing dari proses penentuan tema. plot, skrip, penggambaran dan penyuntingan. Nampaknya hasil kerja mereka sungguh kreatif walau diberi masa yang agak singkat di samping tugasan kelas dan kerja rumah. 


Ini dia video awesome pemenang pertandingan ini... ada banyak lagi video hebat hasil kreatif pelajar-pelajar MPPPU Alrisha.. tunggu masa sesuai kami upload... 



Tema keinsafan dalam video ini agak menyayat hati... Tambah istimewa apabila ibu pelakon utama turut berlakon sama. Tema keinsafan dari kaca mata pelajar-pelajar...harap dapat memberi keinsafan kepada yang menontonnya.

Perkara penting sebelum pertandingan:

  1. Sediakan kertas kerja, buat perbicangan dan hebahkan kepada semua ahli.
  2. Senaraikan syarat-syarat pertandingan dan buat borang pemarkahan.
  3. Berikan link yang sesuai bagi tujuan rujukan kepada para peserta.
  4. Beri taklimat perisian yang mudah digunakan oleh peserta. ( peserta hanya gunakan aplikasi video editing dari telefon pintar masing-masing)
  5. Sediakan peralatan elektronik dan P. A system yang diperlukan semasa persembahan video.



Tu dia...persembahan cuma guna bilik kelas sahaja. P.A System cukup, sound system juga perfect!.. Duduk macam tengok movie kat rumah, kalau dapat guna bilik tayang lebih baik.


Jangan lupa appoint MC penyeri majlis, ini Saudara Nazri, tukang karut paling fun.


Sound man tetap dan berpencen...adanya pelajar-pelajar yang mahir mengendali peralatan PA system adalah amat penting.. Ini Saudara Firdaus.


Begitulah berakhirnya pertandingan ini. Tahniah kepada kumpulan Saudara Azam Zakuan yang menjadi johan serta semua pelajar-pelajar Pra-U Alrisha yang sangat awesome dan kreatif. Ada masa cikgu upload lagi video mereka.