Saturday 10 November 2018

MAJLIS GRADUASI ALRISHA 2018

Bismillah..

Pada tanggal 27/10/2018 yang lalu, ALRISHA sekali lagi menganjurkan Majlis Graduasi atau lebih tepat dipanggil sebagai "Majlis Apresiasi" bagi menyuntik inspirasi kalangan pelajar ke arah meneruskan cita-cita untuk meneruskan pengajian ke peringkat universiti. Majlis berjalan lancar dengan kehadiran Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Hj. Zamali bin Hj. Tarmudi, (Fakulti Sains Komputer dan matematik UITM Cawangan Johor, Kampus Segamat) selaku perasmi majlis gilang gemilang tersebut.



Organisasi Tingkatan 6 ALRISHA diketuai oleh En. Abd Fatah bin Md Jusoh, kali ini diberi mandat oleh tuan pengetua, Tn. Hj. Abdul Rahman bin Selamat untuk menyelaras persiapan majlis dengan sokongan dan tenaga semua warga pendidik ALRISHA.

Barisan pentadbir ALRISHA



Manisnya si gadis pembawa bunga pahar,
menunggu tamu merasmi majlis..






Tahniah kepada semua pelajar Tingkatan 6 atas, datangmu disambut...pulangmu dirai.


Barisan penerima sijil apresiasi akademik tingkatan 6



Prof. Madya Dr. Hj. Zamali merupakan alumni ALRISHA dan seorang ahli akademik yang sangat "humble", berjiwa besar dan memberi sokongan penuh kepada sekolah dalam menyuntik semangat pelajar-pelajar untuk meneruskan pengajian ke universiti


"Sirih Pulang Ke Gagang.."







Wajah-wajah ceria para pelajar tingkatan 6 dan tingkatan 5 yang diraikan






Gambaran majlis graduasi sebenar di menara gading suatu hari nanti, menjadi inspirasi kepada semua pelajar yang terlibat untuk terus maju jaya menuntut ilmu





"Datang Disambut, Pulangmu Dirai"






KERJA-KERJA BELAKANG TABIR...

Memang bukan mudah untuk menganjurkan majlis istiadat seperti ini...ia memberi banyak pengalaman baru serta memantapkan pengalaman dan kemahiran sedia ada para guru dalam melaksanakan dan menjayakan majlis graduasi seperti ini. Yang penting, ia memberi impak besar serta kesedaran mendalam kepada pelajar-pelajar dan ibubapa terhadap kejayaan yang lebih hebat yang akan dicapai di menara gading nanti. 




Cokmar ini ditempah khas dengan lambang ALRISHA yang menjadi kebanggaan warga sekolah ini.


Persiapan awal di ruangan pentas dengan bantuan pelajar-pelajar tingkatan 6 sem 1








Rehersal berjalan lancar 


Raptai penuh


Tahniah!










Tuesday 17 April 2018

PROJEK BUMI HIJAU

KADET BOMBA MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

Pada 10/03/2018 yang lalu pasukan Kadet Bomba Tingkatan 6 SMK Sultan Alauddin Riayat Shah I Pagoh, telah menganjurkan Projek Kokurikulum bertemakan "Bumi Hijau" dengan kolaborasi bersama Kem Teratak Damai, JPAM serta komuniti Kg. Paya Redan, Kg. Tengah dan Kg. Sebasu Pagoh. tujuan projek ini dijalankan selain dari keperluan pemarkahan kokurikulum, ia juga dijalankan untuk memberi pendedahan kepada semua ahli pasukan untuk berbakti kepada komuniti setempat dengan ushaa menghijaukan persekitaran.


Tuan PKT6, Kem Komandan, Guru Besar SK. Kg. Raja serta sebahagian ahli Kadet Bomba bergamdar sebelum memulakan kerja-kerja menanam pokok bunga sepanjang kampung.


Tn. Hj. Suhaimin ringan membantu peserta projek.



PKT6 sentiasa memantau keselamatan serta pergerakan ahli kadet.


Bergerak ke lokasi masing-masing.



pokok-pokok bunga adalah sumbangan Kem Teratak Damai dan penduduk setempat.



Tunjuk ajar dari Dato' Abdul Rahman pemilik Kem Teratak Desa.




Kolaborasi dengan pasukan JPAM.



Pelbagai jenis pokok bunga.




Gotong-royong sebelum menanam pokok.



Tekunnya..