Tempat : Teluk Gorek Chalet and Camp Site Mersing
Unit Kokurikulum SMK Sultan Alauddin Riayat Shah I Pagoh
Seramai 41 orang ahli Unit Bomba Prauniversiti SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1 Pagoh berkampung di Teluk Gorek Chalet & Camp Site, Mersing bersama 4 orang tenaga pengajar Pra-U AlRISHA yang sporting. Alhamdulillah kem 3 hari 2 malam ini dijalankan dengan jayanya. Kem kali ini diterajui oleh Sdra. Muhammad Nazri bin Pardi yang serba boleh dan dibimbing oleh Guru Kokurikulum Pra-U, Pn. Nursuhaila binti Ghazali. En. Makhadzir dan En. Masrul juga mengiringi rombongan kami. Mersing....yeayyy kami datangg....
Hari pertama di sini kami menikmati keindahan Teluk Gorek terutama waktu matahari terbit. Semua bangun awal pagi agar tidak terlepas peluang menikmati keindahan waktu sunrise..
Waktu petang boleh diisi dengan aktiviti bermain bola tampar pantai. Kawasan ini bersih tetapi tak sekata, agak mencabar sikit untuk bermain. Namun kalau setakat untuk berseronok, semua tu tak jadi masalah.. ni kami sedang gaduh-gaduh manja sesama sedara..Pn. Su cakap banyak gaduh dari main...hehe
Yang tak mahu main bola tampar boleh menjelajah sekitar pantai cari sea shells.. pantai di sini bersih dan dijaga dengan baik.
oookay...kacak kan kami.... waktu ni kami bersedia untuk aktiviti jungle trekking. Kali ini misi menawan "Gunung Arong". Dengarnya ketinggiannya cuma 275m tapi kerana kedudukannya di kawasan teluk, maka pemandangannya tentu cantik. Tiada latihan awal, cuma berbekalkan semangat yang berkobar-kobar dan berbotol-botol air mineral dan pain relief muscle spray yang dibekalkan oleh Pn. Su, En. Makhadzir dan Sir Masrul.
Ini sebahagian dari foto kami di puncak Gunung Arong. Sepanjang perjalanan memang mencabar! Terima kasih kepada abang guide yang sabar.... Kami tak sangka begitu indah ciptaan Tuhan yang kami nikmati dari atas puncak ini. Laut lepas menjadi latar belakang sepanjang kejauhan mata memandang. Di Pagoh tiada kecantikan seperti ini, kecantikannya pada kehijauan lanskap alam dan ladang-ladang yang menghijau. Kami bersyukur..
Bersedia untuk berkayak... walaupun ramai yang belum pernah berkayak, tapi confident mesti ada.... Memang fun aktiviti ni! Tak sangka semuanya punya bakat berkayak, siap berlumba lagi! Kami sewa kayak sebanyak 8 buah untuk satu jam. Satu kayak dalam RM10 sejam. Walaupun sekejap, tapi FUN!
Kawasan pantai Teluk Gorek ni agak landai..maka InsyaAllah selamat untuk aktiviti berenang dan berkayak. Kawan kami ni walaupun kecik molek tetap gagah mendayung.
Sdra. Nazri dan Pn. Su arrange program berikutnya...jeng..jeng...jengg... tu dia abang JPAM bagi pegang Ular Tedung Selar. Anggota JPAM beri penerangan dan tujukcara mengendali haiwan berbisa seperti ular. Banyak ulau yang dibawa pada hari tu. Geli-geli tapi pengalaman ni sangat berguna apabila diperlukan...
Abang Rasyid, abang sayang kepada ular tedung selar ni... sangat berhati-hati membelai si tedung selar yang panjangnya sehingga 3 meter ni. Katanya ular tedung selar ni pendendam hebat... Hati-hati!
Ni bukan PATI...ni PATIN... haa..hajat di hati nak berjalan kaki beramai-ramai ke Tanah Perkuburan Tanjung Resang untuk aktiviti bergotong-royong...tapi agak jauh juga, maka beramai-ramailah kami menumpang Hilux En. Makhadzir untuk ke lokasi.
Dengan izin Ketua Kampung dan makluman jawatankuasa masjid, maka kami menyinsing lengan, bergotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan. Pesan Pn. Su, "jangan dicabut tumbuhan menghijau di kuburan, biarkan ia berzikir di situ, sapulah dedaun kering, agar bersih mata memandang, tinggalkan kuburan dengan doa penuh kasih sayang, agar penghuninya diberi keampunan Tuhan..." sayunya...maka gigihlah kami membersih, membakar daun kering dan membetulkan kepuk kubur yang senget atau teralih.
Sir Masrul tokey segala kerja membakor...kate orang Muo... Kawasan kubur di sini agak luas, tanahnya lapang dan mendatar. Ia dikelilingi oleh rumah-rumah kampung berdekatan pantai yang indah.
Ni bab yang paling ditunggu-tunggu...setiap kali waktu makan, memasing tersenyum lebar.. makanan yang disediakan oleh kantin Teluk Gorek and Camp Site ni memang sedappp... minum petang pula disediakan dengan juadah keropok lekor orang Mersing...sedap, nak-nak jika masih panas.
Aha!! ni tengah bersedia untuk malam kebudayaan. Untunglah kumpulan ni ada 2 penyanyi hensem, sorang pelakon hebat, waiter yang hebat, peniup belon yang hebat, ahhhhh semua hebat. Ni sekadar bagi sekeping gambar, ada banyak scene yang mencuit hati. Tak sangka bila berada di sini semuanya jadi sangat competetive!
Semangat sungguh menyanyikan lagu tema kem, "Realiti Insan". Happening dan rasa kembali bertenaga. Kami sewa dewan tertutup sepanjang kem. Selesa dan sejuk sepanjang masa. Ada chandelier gitu. PA system juga berfungsi dengan baik sekali. Rasalah istimewanya jadi pelajar Pra-U. Era duduk dalam khemah dah kami lalui, kali ini selesa sikit, syukur kepada Allah..
Alahhh...dah nak balik dah...sebelum senam pagi di gigi pantai, Pn. Su suruh jalan-jalan dan nikmati angin pagi. Memang seronok betul kem kali ni. Banyak pengalaman beharga kami dapat. Terima kasih kepda guru-guru yang datang melawat kami, tq Pn. rahimah, tq Pn. Khadijah... Ada banyak lahi aktiviti kami buat di sini, tapi cukuplah setakat ini.