Saturday 29 October 2016

PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIT KOKURIKULUM

PERKHIDMATAN MELIPAT BAJU

Assalamualaikum...

Cikgu Koko beruntung sangat kerana pelajar-pelajar cikgu sangat komited dengan semua program yang dianjurkan. Ini membuatkan Cikgu Koko berkobar-kobar mencari idea bagi membimbing mereka untuk mendapatkan pelbagai kemahiran dan pengalaman melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Setelah melalui beberapa perbincangan, kami sepakat untuk menjalankan program keusahawanan dengan menawarkan perkhidmatan melipat baju dengan kadar yang sangat ekonomi kepada pengguna. Check it out..

Proses Kerja 

1. Perbincangan dengan ahli
2. Menyediakan kertas kerja
3. Meminjam modal dari dana Unit Kokurikulum Pra U
4. Membeli plastik, tali rafia dan buku resit
5. Membuat poster dan risalah promosi
6. Meminjam alat penimbang dari rakan unit
7. Menerima tempahan
8. Melipat, menimbang dan membungkus (RM1.00 / sekilo baju)
9. Pelanggan ambil sendiri atau penghantaran ke rumah dengan caj RM1.00
10. Kemaskini buku lejer

Mekanisme

1. Terima tempahan melipat melalui aplikasi WhatsApp / telefon
2. Pelanggan hantar baju ke bangunan Pra-U
3. Baju diletakkan / disimpan di stor sementara unit kokurikulum
4. Baju dilipat selepas tamat waktu pdp mengikut giliran dalam jadual kerja
5. Baju diikat kemas, ditimbang dan dilabel mengikut nama pelanggan
6. Baju dihantar atau diambil sendiri oleh pelanggan

Sasaran

1. Guru-guru
2. "Working mother" sekitar pagoh/panchor


Poster diedarkan ke sekitar sekolah serta melalui perkongsian WhatsApp dan facebook. 


Proses melipat kain dilakukan bersama-sama mengikut jadual kerja yang dirancang. Pelajar diajar melipat dnegan kemas sebelum mengambil sebarang tempahan. Kualiti lipatan mestilah bagus dan kemas.


Baju yang telah siap dilipat akan diikat kemas sebelum ditimbang. Bagi setiap sekilo, pelanggan akan dikenakan caj sebanyak RM1.00 sahaja.


Baju yang telah siap ditimbang akan dilabel mengikut nama pelanggan. Ini memudahkan pungutan kain atau penghantaran.


Dari perkongsian salah seorang pelanggan perkhidmatan ini. Permintaan perkhidmatan ini ada sangat memberansangkan. Ia benar-benar membantu khususnya wanita yang bekerja yng tidak punya masa untuk menguruskan pakaian untuk dilipat.


Demikian perkongsian program keusahawanan Unit Kokurikulum. Untuk pengetahuan semua, perkhidmatan ini sangat popular dan mendatangkan keuntungan yang baik. Cuma, guru perlu memantau kualiti lipatan pelajar-pelajar kerana mereka masih kekok mengurus pakaian. Kualiti lipatan kain adalah menjadi keutamaan. Cikgu Koko gembira pelajar-pelajar dapat pengalaman baru dalam mengumpul dana kokurikulum mereka. Tabik hormat kepada mereka!


Salam Hormat;

Cikgu Koko

ALBUM UNIT KOKURIKULUM PRA-U ALRISHA TAHUN 2016

                           ALBUM 2016




Assalamualaikum..Salam Sejahtera.

Sepanjang tahun 2016 sebanyak lebih 40 aktiviti kokurikulum dilaksanakan sepanjang tahun bagi ketiga-tiga unit. Sepanjang itu juga pelajar-pelajar gigih memberi kerjasama untuk menjayakan program dan aktiviti yang dirancang untuk mereka. Sepanjang tempoh ini sejumlah pelajar telah dihantar untuk menyertai pertandingan sama ada di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.

PENYERTAAN PERINGKAT KEBANGSAAN


Kejohanan Merentas Desa Prauniversiti Terbuka Johor pada 26 Mei 2016 di Stadium Kluang, Johor.

             
    Seramai 17 wakil pelajar dari Unit Sukan & Permainan Pra-U ALRISHA menyertai kejohanan ini.


    Muhammad Azam bin Zakuan berjaya mendapat tempat ke-8 kategori lelaki.

                      
PENYERTAAN PERINGKAT NEGERI

Berikut adalah program-program yang disertai oleh rakan Unit Koku Pra-U ALRISHA di peringkat negeri.

PROGRAM SEKOLAH JASA DI ALOR GAJAH


    Wakil pelajar bagi Program Sekolah Jasa di Alor Gajah.


    Suasana ruang kursus program Sekolah Jasa.


PERTANDINGAN PISPA DI SMK PEKAN BARU



4 orang wakil ahli pasukan Bomba Pra-U ALRISHA bertugas sebagai urusetia Pertandingan PISPA Peringkat Negeri Johor di SMK Pekan Baru.


Sedang bertugas sebagai urusetia pertandingan.

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN, KARNIVAL KO-AKADEMIK DI KLUANG




5 orang wakil pelajar dari Unit MPPPU ALRISHA mewakili daerah Muar bagi Pertandingan Bahas Ala Parlimen, Karnival Ko-Akademik Peringkat Negeri di Kluang, Johor.


MARSHALL KEJOHANAN OLAHRAGA MSSJ DI 
SMK SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH I PAGOH


Sebelum larian pelajar bertugas sebagai urusetia pendaftaran.


Bertugas di check point mengawal peserta.

PENYERTAAN PERINGKAT DAERAH MUAR

Berikut adalah pertandingan dan program yang disertai oleh rakan Unit Kokurikulum Pra-U ALRISHA di peringkat daerah.

KARNIVAL KO AKADEMIK PRAUNIVERSITI DAERAH MUAR







Menyertai Pertandingan Bahas Ala Parlimen dan membawa pulang Piala Kejuaraan. Sdri. Siti Fatiha Binti Ayob dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik peringat daerah. Peserta di bawah bimbingan Pn. Norzilah Binti Mohamad Shahid.




Menyertai Pertandingan Drama Bahasa Inggeris di bawah bimbingan Sir Masrul Ezam Bin Masbi.

KARNIVAL SUKAN PRAUNIVERSITI DAERAH MUAR







Menjuarai acara Bola Jaring dan menyertai acara lain seperti bola tampar, futsal dan pentanque.

 Demikian entri Album Koko kali ini. Cikgu Koko akan kongsi Album Koko Edisi Sekolah di lain masa. Entri ini khusus kepada penglibatan pelajar-pelajar di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Sebelum 2016 menutup tirai, Cikgu Koko akan berusaha gigih untuk mengemaskini blog ini sebagai suatu bentuk penghargaan atas sumbangan pelajar-pelajar yang dikasihi. Sekian, jumpa lagi.

Salam Hormat;

Cikgu Koko