Wednesday, 7 February 2018

PROJEK KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM

PROJEK KEUSAHAWANAN ANJURAN KELAB KESENIAN & KEBUDAYAAN TINGKATAN 6


AMAZING! Demikian suasana yang sungguh happening sepanjang perkongsian ilmu perniagaan bersama LALAN FOOD yang dimiliki oleh Pn. Fatin Fashiekin Binti Anuar. Lebih membanggakan lagi, Pn. Fatin Fashiekin adalah merupakan bekas pelajar SMK Sultan Alauddin Riayat Shah I Pagoh sendiri. Projek kokurikulum kali ini merupakan projek bertemakan keusahawanan yang bertujuan membuka  minda dan memberi pengetahuan perniagaan alaf baru kepada semua ahli kelab. Dengan bermodalkan bahan mentah iaitu pisang yang banyak terdapat di kawasan Pagoh, ia menjadi suatu peluang perniagaan yang sangat menguntungkan jka dijalankan dengan bijak dan berkesan.



Belajar berniaga kerepek pisang. Nampak simple dan cliche, namun sepanjang perkongsian ilmu dengan penceramah, pelajar diberi pendedahan dengan teknik dan tips perniagaan alaf baru yang sangat realistik dan berkesan. Pada hari yang sama juga semua ahli berkesempatan belajar sendiri cara-cara memilih bahan, menyediakan, mengupas, merendam pisang, menyagat, menggoreng dan membungkus. Banyak tips yang dikongsi oleh LALAN FOOD dan hanya Allah jua yang membalas budi baik beliau..begitulah doa kami..

Kelab Kesenian dan Kebudayaan juga mengusahakan jualan kerepek pisang untuk dijual di sekolah dan sekitar kawasan tempat tinggal berdekatan. Jika teringin, bolehlah pm kami dan kerepek kami juga boleh diposkan ke destinasi anda dengan kadar postage sesuai berat. Kerepek pisang keluaran kelab ini akan dijual sepanjang tahun di sekolah dan kepada sesiapa berminat. Hasil Jualan kerepek ini akan digunakan untuk menampung kos lawatan ke destinasi yang kami hajati pada penghujung semester 3 nanti.. 

CERAMAH


Ceramah perniagaan kerepek pisang dari taukeh LALAN FOOD yang sangat berguna. Bukan mudah nak dapatkan perkongsian tentang apa jua jenis perniagaan namun Pn. Fatin sangat steady...malah beliau sangat menggalakkan semua ahli kelab untuk serius mengusahakan jualan kerepek jenama kami sendiri. Kejayaan LALAN FOOD juga menjadi inspirasi kepada semua pelajar dan guru. Pn. Fatin sendiri kini mampu tersenyum manis dengan pendapatan sehingga 5 angka sebulan. namun begitu, bukan senang nak senang...bak kata beliau,...MUKA TEBAL = POKET TEBAL..lucu tapi benar..


TIPS PERNIAGAAN OLEH PN. FATIN

1. Nama Syarikat
  • Pilih jenama syarikat yang mudah diingat dan disebut. 
  • Tidak perlu banyak suku kata atau perkataan. Ini lebih memudahkan pelanggan membuat carian di laman web. 
  • Kenali sasaran pelanggan dan jangan gunakan perkataan yang susah dieja oleh sesetengah orang.

2. Pemasaran
  • Gunakan sebaik mungkin kelebihan pengiklanan secara percuma di laman web seperti Facebook Page, Instagram, Mudah.my, Lazada, Corusel, Twitter, WeChat,Shop dan lain-lain.
  • Pastikan anda mengemaskini promosi produk setiap hari agar ia sentiasa ada di news feed rakan anda di laman sosial.
  • Elakkan membayar syarikat pengiklanan di media sosial seperti FB Adds jika anda tidak mampu memenuhi jumlah permintaan yang terlalu banyak.
  • Berani mencuba bagi mendapatkan peluang menjual produk anda di kedai-kedai, cafe atau restoran.
  • Layani pelanggan dengan sopan dan berhemah sekalipun mereka tidak membeli produk anda. InsyaAllah mereka akan mencari kerepk keluaran anda untuk masa akan datang. Ingat...tidak rugi berbudi bahasa...
  • Add location sebenar produk anda agar ia memudahkan carian di laman web.
  • Target pemasaran ialah supaya lebih ramai orang tahu dan dengar tentang produk anda.

3. Label Produk
  • Orang akan memandang tinggi perniagaan anda jika dilengkapi dengan label produk yang informatif dan menarik.
  • Pastikan maklumat email, FB, Instagram atau Twitter produk anda tertera pada label agar mudah meluaskan pasaran dan untuk dihubungi.
  • Pilih logo yang komersil, ringkas dan menarik.



PERSEDIAAN BAHAN DAN PERALATAN



Alhamdulillah beruntung badan..terima kasih kepada pakatan surau berdekatan yang sudi meminjamkan peralatan memasak kepada kami. Bukan satu pakatan malah 3.. Peralatan seperti tong gas, dapur memasak, tungku, sudip, dan macam-macam lagi dipinjam dari mereka. Ahli cuma perlu bawa balang kerepek, pisau, penyagat dan dulang sahaja. LALAN FOOD belanja kami 3 tandan pisang tanduk gebu-gebu untuk dijadikan kerepek. 


TUNJUKCARA



Untuk tunjukcara kali ini kami request pisang tanduk dan Pn. Fatin sendiri menunjukkan cara-cara penyediaan pisang tanduk sebelum digoreng. Pakai sarung tangan ye..agar getah pisang tak melekat di tangan. Gunakan pisau yang lebih kecil agar kulit pisang yang mengkal ini senang dikopek. Jangan pilih pisang yang agak masak kerana warna kerepek akan jadi coklat kehitaman kerana gula dalam pisang menjadi caramel.


Semua ahli kelab cuba mengupas kulit pisang. Alah bisa tegal biasa...taukeh cuma ambil masa satu minit kupas pisang tanduk saiz besar...3 biji dia...1 biji kami..  Selepas siap dikupas perlu segea rendam dalam air bersih bagi mengelakkan pisang teroksida dan berubah warna kehitaman.


Semasa pisang sedang dikupas...minyak perlu dipanaskan segera. Kuantiti minyak yang digunakan agak banyak agar kerepek dapat goreng dengan kuantiti yang lebih banyak dan sekata. Ia lebih menjimatkan masa dan tenaga. 



Guru-guru juga tak lepaskan peluang belajar sama. Tn. Hj. Kamarazaman turut turun padang menyagat pisang untuk digoreng. Pisang perlu disagat terus ke dalam kuali panas. Perlu sagat laju-laju agar ia masak sekata di dalam kuali. Pilih penyagat yang boleh menyagat kepingan pisang dengan nipis...lagi nipis lagi rangup.



Quality Control..kerepek pisang panas..sedap..rangup..goreng-goreng habis....goreng lagi habis lagi...hahaa


Kerepek yang telah disiap digoreng. Kita toskan dahulu, sejukkan dan barulah dibungkus sama ada dengan balang atau plastik.


Garam perlu dibancuh dengan air dengan sukatan satu sudu garam dibancuh dengan satu cawan air. Masukkan satu hingga dua sudu air garam dalam kuali semasa gorengan tadi hampir masak. Kaedah ini lebih berkesan untuk memastikan kadar kemasinan kerepek sama rata. Kerepek juga tidak perlu diletak pewarna kerana adalah lebih cantik dan enak jika ia dibiarkan bewarna kekuningan secara semulajadi.



Taddaaaa...Pengerusi Projek menghadiahkan Tuan Pengetua sebalang kerepek keluaran Kelab Kesenian & Kebudayaan...


TIPS PENYIMPANAN KEREPEK PISANG

1. Simpan di tempat yang gelap dan tertutup dan elakkan dari terkena cahaya bagi mengelakkan ia berubah warna kepada warna kuning cerah seakan putih. Bukan sahaja warna akan berubah, malah rasa asli kerepek itu juga kan hilang.

2. Jangan bungkus kerepek jika masih hangat untuk mengelakkan ia menjadi lemau kerana berpeluh dalam balang / plastik.

3. Simpan pada suhu bilik agar kerepek sentiasa segar sehingga tamat tarikh luput. lazimnya tarikh luput kerepek pisang adalah sehingga 3 bulan.


Demikian meriahnya projek Kelab Kesenian & Kebudayaan kali ini. Jualan kerepek pisang kami akan diteruskan sepanjang tahun. Jumpa Lagi!


No comments:

Post a Comment