Sunday 16 October 2016

KARNIVAL SUKAN TINGKATAN 6 DAERAH MUAR

KARNIVAL SUKAN TINGKATAN 6 DAERAH MUAR

ALRISHA JOHAN BOLA JARING!!!


Assalamualaikum, salam sejahtera semua..

       Pada 28 dan 29 Ogos 2016 yang lalu telah diadakan Karnival Sukan Tingkatan 6 Peringkat Daerah Muar. Pasukan dari Unit Sukan & Permainan Prauniversiti ALRISHA telah menghantar seramai 41 orang wakil pelajar bagi menyertai 4 pertandingan permainan yang diadakan. Setelah kira-kira berlatih selama sebulan di Kompleks Sukan Pagoh, para peserta menyarung jersi kebanggaan Pra-U ALRISHA untuk misi hebat ini!

     Team Futsal dilatih oleh Sir Masrul Ezam, Bola Tampar di latih oleh Pn. Sue dan Coach Din, Bola Jaring dilatih oleh Pn. Norzilah dan Pentanq dilatih oleh En. Makhadzir. Kami bagi pihak guru dan pelajar sangat terhutang budi dengan bapa pelajar Pra-U, En. Jamaludin yang baik hati membantu melatih pemain-pemain bola tampar. Ini yang dinamakan sarana ibubapa. 

    Nampaknya banyak yang perlu diperbaiki untuk memantapkan kemahiran semua pemain dalam semua jenis permainan yang dipertandingkan. ALRISHA hanya menang satu permainan sahaja...bola jaring... Ulang Suara!!!  yeahh..Team Bola Jaring ALRISHA berjaya merampas takhta Juara bagi pertandingan permainan ini mengalahkan pesaing kuat dan hebat..syabas!!

   Adalah satu bonus jika pasukan pemain dilatih oleh jurulatih berpengalaman. Nampaknya team kami yang lain perlu berlatih dengan lebih gigih untuk mengikut jejak langkah tema Bola Jaring kami yang berjaya mengharumkan nama ALRISHA. Tahniah kepada jurulatih Bola Jaring, Pn. Norzilah Mohamad Shahid.



Team FUTSAL segak bergaya bersama Sir Masrul Ezam. Tak menang kali ni...tapi team ni rajin berlatih.


Team BOLA TAMPAR (L)..berazam untuk mencuba dengan lebih gigih lagi tahun hadapan....tunggu.....



Team BOLA TAMPAR (P)..ni team buah cempedak di luar pagar...masih baru dalam sukan bola tampar


Ni WINNING TEAM...Team BOLA JARING yang hebat! Berlatih tanpa jemu, hujan panas tak pernah menjadi halangan..


Bersama Coach Zilah, Netball is a serious business.. 


TEAM PENTANQ yang boleh tahan hebat, dilatih sungguh-sungguh oleh En. Makhadzir.

     Rata-rata semua pelajar memberikan kerjasama yang sangat baik. Bahkan ada yang berlatih sendiri bersama team masing-masing. Mungkin bersukan adalah satu cara bijak untuk mereka mengurus tekanan di kelas. Stress agaknya menghafal dan menyiapkan kerja kursus. 

    TIPS MENINGKATKAN KEYAKINAN DAN DAYA SAING PELAJAR

  • Beri kata-kata semangat setiap kali dan setiap masa
  • Beli jersi pasukan yang mereka gemari jika ada sumber kewangan yang cukup
  • Hadiri latihan bersama pelajar dan guru digalakkan berlatih sama
  • Sentiasa memberi semangat kepada mereka untuk menyaingi pihak lawan
  • Beri pujian
  • Sediakan minuman/makanan
  • Sentiasa buat perjumpaan ringkas setiap kali berakhirnya latihan
  • Buat carta ranking agar mereka peka akan persaingan
Daya saing yang positif adalah sesuatu yang perlu diterapkan kepada pelajar. Masalah remaja masakini adalah kurangnya daya saing untuk menjadi yang terbaik. InsyaAllah jika dibimbing dan sentiasa diberi sokongan, remaja kita akan lebih peka membangun diri serta yakin dengan potensi diri yang mereka ada. 

Hingga jumpa lagi dalam entri seterusnya..

Salam Hormat;
Cikgu Koko