Wednesday 25 January 2017

AKTIVITI KOKURIKULUM BULAN JANUARI 2017

Assalamualaikum...
Calon STPM 2017 merupakan calon pertama Pentaksiran Kokurikulum Baharu Tingkatan 6. Sistem ini lebih mesra pelajar kerana sesuai dengan komitmen mereka dengan peperiksaan Sistem Modular. Pentaksiran baharu ini juga lebih efisien dengan pembahagian jumlah aktiviti mengikut penggal.

Jumlah Aktiviti setiap Unit Mengikut Penggal:
Penggal 1 - 6 aktiviti
Penggal 2 - 6 aktiviti
Penggal 3 - 3 aktiviti


Perjumpaan Kadet Bomba Tingkatan 6 ALRISHA


Pada 4 januari 2017, Unit kadet Bomba telah memulakan tirai 2017 dengan menganjurkan aktiviti mingguan iaitu persembahan multimedia bertajuk "pertolongan Cemas dan rawatan Awal Kebakaran". sesi ini diselia oleh guru pembimbing unit ini iaitu Sir Masrul Ezam. Sepanjang aktiviti ini pelajar didedahkan dengan kaedah rawatan awal mangsa kebakaran serta mengenal tahap kecederaan akibat terbakar. Pelajar-pelajar juga diberikan tugasan untuk menghasilkan gajet dapur ringkas. "Survival Skill" ini amat berguna dan pelajar berpeluang menghasilkannya dalam kumpulan kerja masing-masing.


Saudara Raziq menyampaikan maklumat tentang S.O.P pertolongan cemas.


Sir Masrul mengendali aktiviti ini dan dibantu oleh Jawatankausa Tertinggi Kadet Bomba.


Ahli paling tekun menghasilkan gajet, Saudara Umar Qayyum.


Pengerusi Kadet Bomba, Saudara Farhan merancang bentuk gajet yang hendak dihasilkan.


Sir Masrul teruja dengan mini gajet yang berjaya disiapkan.

Perjumpaan Unit Sukan & Permainan

 Perjumpaan kali ini adalah untuk berlatih permainan Bola Tampar. Latihan dijalankan di Kompleks Sukan Pagoh. rata-rata pelajar masih kurang mahir dengan skill permainan ini namun tidaklah menjadi suatu masalah kepada mereka untuk berlatih dan bermain bersungguh-sungguh. Semangat setiakawan amat jelas ditunjukkan oleh para pelajar. Kursus Kejurulatihan akan dijalankan mengikut perancangan pelan strategik bagi unit ini. ia adalah utnuk mendedahkan pelajar dengan skill dan peraturan permainan ini dengan lebih sistematik.


 Anak-anak Bangsa Johor menyanyikan lagu kemegahan Johor dengan penuh semangat.


"ALRISHA Menjulang Bukit Mentulang"


Pasukan Bola Tampar Tingkatan 6 ALRISHA

Perjumpaan Unit Sukan & Permainan

Tanggal 19 Januari 2017 telah dijalankan Kejohanan Merentas Desa Kali Ke 41 SMK Sulatan Alauddin Riayat Shah I Pagoh. Pelajar-pelajar Tingkatan 6 di bawah Unit Kokurikulum telah bertugas sebagai Pembantu Sukan. Pelajar ditugaskan di Unit Kawalan Trafik, Unit Rondaan Bermotosikal dan Unit Kecemasan. Unit Sukan & Permainan T6 dengan kekuatan seramai 34 ahli bertugas membantu guru-guru di trek sejauh lebih kurang 7-8 km. 


Berhenti rehat sambil makan makanan yang disediakan oleh penganjur.


Unit Rondaan Bermotosikal siap sedia bertugas.


Unit Kawalan Trafik


Ambil kesempatan berniaga


Peserta perempuan memulakan langkah larian.

Perjumpaan Unit Persatuan Tingkatan Enam (PTE)

Perjumpaan unit PTE pada kali ini adalah merupakan kolaborasi dengan Unit Bimbingan Kaunseling. PTE bertindak sebagai urusetia pendaftaran membantu UBK. Program ini diberi nama Program Strategi dan Langkah Calon Cemerlang STPM. 


AJK Tertinggi PTE bertugas sebagai urusetia pendaftaran.


Sebahagian dari peserta program.

Dalam program ini pelajar akan dapat motivasi bina diri dan matlamat peribadi dan akan mengaplikasi teknik dan strategi belajar sebagai pelajar cemerlang. Ceramah motivasi oleh Tn. Hj. Nizar bin Mokhtar (Dvista) dan Dr. Nazrul Hamizi bin Adnan (Alumni Alrisha).

Demikian aktiviti Unit Kokurikulum Tingkatan 6 ALRISHA bagi bulan Januari. Syabas diucapkan kepada guru dan pelajar yang memberikan kerjasama hebat sepanjang aktiviti dijalankan.


No comments:

Post a Comment