Saturday 29 October 2016

PROGRAM KEUSAHAWANAN UNIT KOKURIKULUM

PERKHIDMATAN MELIPAT BAJU

Assalamualaikum...

Cikgu Koko beruntung sangat kerana pelajar-pelajar cikgu sangat komited dengan semua program yang dianjurkan. Ini membuatkan Cikgu Koko berkobar-kobar mencari idea bagi membimbing mereka untuk mendapatkan pelbagai kemahiran dan pengalaman melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Setelah melalui beberapa perbincangan, kami sepakat untuk menjalankan program keusahawanan dengan menawarkan perkhidmatan melipat baju dengan kadar yang sangat ekonomi kepada pengguna. Check it out..

Proses Kerja 

1. Perbincangan dengan ahli
2. Menyediakan kertas kerja
3. Meminjam modal dari dana Unit Kokurikulum Pra U
4. Membeli plastik, tali rafia dan buku resit
5. Membuat poster dan risalah promosi
6. Meminjam alat penimbang dari rakan unit
7. Menerima tempahan
8. Melipat, menimbang dan membungkus (RM1.00 / sekilo baju)
9. Pelanggan ambil sendiri atau penghantaran ke rumah dengan caj RM1.00
10. Kemaskini buku lejer

Mekanisme

1. Terima tempahan melipat melalui aplikasi WhatsApp / telefon
2. Pelanggan hantar baju ke bangunan Pra-U
3. Baju diletakkan / disimpan di stor sementara unit kokurikulum
4. Baju dilipat selepas tamat waktu pdp mengikut giliran dalam jadual kerja
5. Baju diikat kemas, ditimbang dan dilabel mengikut nama pelanggan
6. Baju dihantar atau diambil sendiri oleh pelanggan

Sasaran

1. Guru-guru
2. "Working mother" sekitar pagoh/panchor


Poster diedarkan ke sekitar sekolah serta melalui perkongsian WhatsApp dan facebook. 


Proses melipat kain dilakukan bersama-sama mengikut jadual kerja yang dirancang. Pelajar diajar melipat dnegan kemas sebelum mengambil sebarang tempahan. Kualiti lipatan mestilah bagus dan kemas.


Baju yang telah siap dilipat akan diikat kemas sebelum ditimbang. Bagi setiap sekilo, pelanggan akan dikenakan caj sebanyak RM1.00 sahaja.


Baju yang telah siap ditimbang akan dilabel mengikut nama pelanggan. Ini memudahkan pungutan kain atau penghantaran.


Dari perkongsian salah seorang pelanggan perkhidmatan ini. Permintaan perkhidmatan ini ada sangat memberansangkan. Ia benar-benar membantu khususnya wanita yang bekerja yng tidak punya masa untuk menguruskan pakaian untuk dilipat.


Demikian perkongsian program keusahawanan Unit Kokurikulum. Untuk pengetahuan semua, perkhidmatan ini sangat popular dan mendatangkan keuntungan yang baik. Cuma, guru perlu memantau kualiti lipatan pelajar-pelajar kerana mereka masih kekok mengurus pakaian. Kualiti lipatan kain adalah menjadi keutamaan. Cikgu Koko gembira pelajar-pelajar dapat pengalaman baru dalam mengumpul dana kokurikulum mereka. Tabik hormat kepada mereka!


Salam Hormat;

Cikgu Koko

No comments:

Post a Comment