Sunday 13 August 2017

SEMARAK KOKURIKULUM TINGKATAN 6 ALRISHA

Assalamu'alaikum...bersiaran lagi setelah sekian lama tertangguh. Sepanjang tahun 2017 ini aktiviti-aktiviti kokurikulum calon STPM penggal 1/2018 serta calon STPM penggal 3/2017 berjalan lancar seperti dirancang dalam takwim..kira rancaklah apabila hampir setiap minggu berkumpul untuk menjalankan aktiviti. Entri kali ini ingin membawa anda semua ke Stadium Kluang.. Wakil pelajar Tingkatan 6 SMK Sultan Alauddin seramai 39 orang telah menyertai Kejohanan Merentas Desa Terbuka Pra-U, Peringkat Antarabangsa / Kebangsaan. Penganjur memaklumkan bahawa jumlah penyertaan pelbagai kategori mencecah angka 7500 orang semuanya. Suatu angka yang besar dan jika penyertaan semakin bertambah..nampaknya penganjur mungkin boleh fikirkan venue yang lebih kondusif lagi. Tahun ini ALRISHA bawa pulang medal bagi tempat ke-10 kategori (P) Antarabangsa Elit.
Tu dia bukan main ramai peserta....tahun demi tahun penyertaan semkain bertambah. Kejohanan ini menawarkan penyertaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.. bagus untuk portfolio sijil para pelajar Tingkatan 6 dan sudah pasti menyumbang markah penyertaan yang tinggi dalam Unit Sukan & Permainan masing-masing.
Ke garisannnnn...sedia.......
Ini pemenang dari ALRISHA..Tahniah kepada Sdri. Nurul hafizah binti Ishak kerana berjaya mendapat tempat ke-10 kategori elit Antarabangsa. #menjulangbukitmentulang
Harapan ALRISHA..atlit kami bersedia dengan latihan mantap hampir setiap hari walaupun katanya "ada orang tak nampak mereka berlatih"... Semua hero kami ini berjaya menamatkan larian walaupun tidak berjaya mendapat tempat. Apa-apa pun komitmen dan semangat kesukanan mereka sangat tinggi dan ini amat membanggakan kami.
Bab makan memang perlu persediaan awal..almaklum stadium sesak dengan jumlah peserta yang ramai. Kami bawa bekalan makanan dari sekolah dan pastikan semua peserta makan tengahari setelah penat berlari. Ini port baik..bawah pokok..redup dan nyaman.

No comments:

Post a Comment